Description
Buku Sejuta Kucing diterjemah ke bahasa Melayu dari judul asal Millions Of Cats” yang ditulis dan diilustrasi oleh Wanda Gág. Buku ini sesuai untuk bacaan tahap prasekolah dan sekolah rendah.
Sejak diterbitkan pada tahun 1928, ia kekal sebagai karya klasik dalam kesusasteraan kanak-kanak yang kekal segar. Ia dikenali sebagai buku bergambar tertua di Amerika tertua yang masih diterbitkan dan membuktikan daya tarikannya yang berkekalan.
Buku ini juga memperkenal pendekatan baharu dalam penerbitan buku bergambar pada waktu itu melalui ilustrasi litografi Gág yang menghiasi setiap halaman. Hasil seni itu kini diberi sentuhan baru dalam Sejuta Kucing yang mengadaptasi semangat asalnya dalam Millions Of Cats.
Antara frasa yang paling menangkap perhatian dalam cerita ini ialah “Beratus-ratus kucing, beribu-ribu kucing, berjuta-juta dan berbilion-bilion dan bertrilion-trilion kucing…” Kaedah pengulangan frasa ini juga menjadi ikutan penulis dan penerbit buku bergambar.
Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri tua yang mahu memelihara seekor kucing, tetapi secara tidak sengaja membawa pulang terlalu banyak kucing. Haiwan yang dibawa pulang ini akhirnya bertengkar sesama sendiri sehingga hanya seekor kucing yang kekal.
Cerita ini menyampaikan mesej kesederhanaan, kerendahan hati, dan penghargaan nilai. Ia menonjolkan kebolehan Gág menggabungkan elemen dari cerita rakyat umum dengan pengajaran moral yang lunak.
Pada tahun 1929, buku ini menerima anugerah Newbery Honor, antara buku bergambar terawal yang mendapat pengiktirafan ini.
Selepas kematiannya, Gág turut dianugerahkan Lewis Carroll Shelf Award (1958) dan Kerlan Award (1977) bagi menghargai seluruh sumbangannya dalam bidang penerbitan buku kanak-kanak.
Judul Millions Of Cats terus dihargai kerana bahasanya yang puitis, rekaan yang inovatif, dan kebijaksanaan yang diabadi dalam cerita ini.


















Reviews
There are no reviews yet.